Kau yang Teristimewa

Kau yang Teristimewa
Assalammualaikum.. Terima kasih sudi singgah di Blog Cerita Tentang Kita..

Jumaat, 31 Januari 2014

Wanita Pertama Masuk Syurga Sebelum Fatimah R.A.



Salam wrt. Malam ni nak kongsi sebuah kisah Nabi SAW yang tidak kurang menariknya. Moga ada manfaat buat kita bersama. InsyaAllah. Dalam sebuah hadis menceritakan, antara kegemaran Rasulullah adalah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran. Suatu hari ketika Rasulullah sedang melayani puteri kesayangannya, Fatimah, baginda bersabda, “Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahwa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu.”



Mendengar kata-kata ayahandanya, serta merta berubahlah air muka Fatimah. Bertanya dia kepada baginda sambil menangis, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, bagaimana keadaannya dan bagaimana pula amal ibadahnya sehingga dia terlebih dahulu masuk surga daripada anakanda? Kabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu jumpa dia.”


Lalu Rasulullah menjelaskan, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman dekat Jabal Uhud, kira-kira 3 mil dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah.”

Tanpa membuang waktu, setelah mendapat keizinan ayahandanya, Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah itu.

Setelah bertanya kepada penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal perempuan ini.

Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah, akhirnya berjumpalah Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.
Setelah memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu, hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Fatimah menunggu, penghuni rumah itu pun menjenguk di jendela, sambil bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya. Dia tidak mempersilakan tetamunya itu masuk. Mereka hanya bercakap melalui jendela saja.

Fatimah memperkenalkan dirinya: “Saya Fatimah binti Rasulullah, datang kemari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu.”

Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah, maka perempuan itu menjawab: “Terima kasih kerana datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat mengizinkan kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu apabila dia balik dari bekerja. Silakan datang esok hari sajalah.”

Dengan langkah yang amat berat, Fatimah pulang dengan perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat berbincang panjang dan mengorek  rahsia amalannya.
Keesokannya, Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya, Hasan. Segera setelah sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah Fatimah.

Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada seorang anak kecil bersama-sama Fatimah lalu dia bertanya: “Fatimah, ini siapa?”
"Anak saya, Hasan,” sahut Fatimah.

Perempuan itu berkata, “Saya bersedih kerana saya belum minta izin dari suami saya. Yang diizinkan hanyalah Fatimah seorang. Oleh itu saya perlu minta izin dahulu dari suami lagi. Silalah datang esok hari saja.”
Fatimah jadi serba salah. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil keputusan untuk balik.

Keesokan harinya, Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.
“Fatimah dengan Hasankah?” Tanya perempuan itu minta kepastian.

Jawab Fatimah, “Kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga.”
“Fatimah, saya rasa bersedih lagi kerana anak yang satu ini (Husin) belum saya minta izin dari suami saya. Silakan datang esok hari,” tegas perempuan itu.

Mendengarkan kata-kata itu, Fatimah tersipu-sipu menyahut, “Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi ke mari.”

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : “Perempuan ini takut benar akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah,” bisik hatinya, kesal.

Dalam pada itu, sebaik-baik saja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang anak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan, “Kenapa engkau ragu sekali? Bukankah Fatimah itu puteri Rasulullah dan dua orang anaknya itu adalah cucu baginda? Lebih daripada itu pun engkau pantas benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaan Rasulullah. Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang pantas bagi darjat mereka.”

Sahut perempuan itu, “Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahwa apa yang saya tahu, keselamatan diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku.”
“Terima kasih,” sahut suaminya. “Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita.”

Pada hari berikutnya, Sayyidatina Fatimah pun datang seperti yang dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air, mereka pun berkenalanlah serta memulai perbincangan.

Pertanyaan Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadah yang menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama masuk surga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua pertanyaan Fatimah dengan ikhlas.

Katanya, “Tingkah laku saya biasa saja, tidak ada yang istimewa, amal ibadah pun biasa saja, malah Rasulullah lebih mengetahui akan segalanya. Saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:

1. Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar bekerja.
2. Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada keizinan suami.
3. Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
4. Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
5. Saya tidak cepat-cepat cemburu.
6. Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.

Soal berhias dan berdandan, menurut Muth'iah, dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suami, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain.

Sebagian riwayat menyatakan, Muth'iah mondar-mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Fatimah.

Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah wadah berisi air, sementara tangan sebelah lagi mengangkat ujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit bagian pahanya. Wajahnya manis dengan senyuman.

Melihat keadaan Muth'iah yang agak aneh, Fatimah merasa gelisah kerana dia rasa tidak dipedulikan. Fatimah bertanya: “Mengapa begini?”
Sahut Muth'iah: “Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya pulang.”

“Mengapa ada wadah air itu?” Tanya Sayyidatina Fatimah. Jawab Muthi'ah jujur: “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik dari kerja, saya akan segera memberikan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya.”
Fatimah bertanya lagi: “Mengapa dengan rotan ini?” Jawab Muthi'ah, “Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini.”

Kemudian Fatimah bertanya, “Mengapa diangkat kain sehingga menampakkan paha, bukankah itu tidak elok?” Maka Muthi'ah menjawab, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan memudahkan akan maksud hajatnya itu.”

Fatimah termenung lalu berkata dalam hatinya: “Jika beginilah kelakuan dan perangainya terhadap suami, tidak dapatlah aku mengikutnya. Wajarlah menurut ayahanda, dia terlebih dahulu masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahwa keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya.”

Fatimah minta diri. Dia terus pulang menghadap ayahandanya dan menceritakan segala yang berlaku.

“Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga,” kata baginda kepada Fatimah.

Dalam muram dan seakan-akan merajuk, Fatimah menjawab, “Anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah.”

Melihat rintihan puterinya itu, Rasululah tersenyum sambil berkata, “Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati. Perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk syurga nanti. Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada anakanda.”

Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu, barulah nampak Fatimah mulai gembira dan tersenyum.

Begitulah ganjaran yang Allah berikan kepada Muthi'ah. Semoga amalan yang dilakukannya itu sedikit sebanyak akan menjadi panduan dan dorongan kepada wanita-wanita terutama bagi mereka yang sudah berumahtangga.

Rabu, 8 Januari 2014

10 golongan solatnya tidak diterima Allah


10 Golongan Solatnya tidak Diterima Allah

Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

  9. Orang yang suka makan riba.

  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
---Solat itu Tiang Agama--


Amalan zikir Harian membawa ketenangan..



Amalan Zikir Harian

Amalan zikir membawa ketenangan hati . Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .

ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
"Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan meras kelazatan zikrullah"

ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH
"Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya"

ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
"Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya"

ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD
"Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat"

ZIKIR HARI RABU
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM
"Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya."

ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
"Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah"

- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/amalan-zikir-harian-membawa-ketenangan.html#sthash.jfQXHGYQ.dpuf

Kisah teladan pemuda yang malas solat.


Kisah Teladan Pemuda yang Malas Solat

Diceritakan, ada seorang pemuda berjumpa dengan seorang syeikh kerana ada satu hajat yg besar.

Pemuda itu berkata kpd syeikh "wahai syeikh, boleh aku diangkatkan dari kewajipan menunaikan solat fardu 5 waktu?"

Maka syeikh itu pun menjawab "ya, boleh. Tapi dgn satu syarat."

Pemuda itu bertanya "apakah syaratnya wahai syeikh?"

"Syaratnya ialah, hendaklah engkau menunaikan solat 5 waktu di belakang imam (berjemaah) tanpa terlepas takbir pertama (takbiratul ula) selama 40 hari. Kemudian engkau dilepaskan dpd tgjwb menunaikan solat 5 waktu.

Pemuda itu sanggup menunaikan syarat tersebut dan terus mengerjakan apa yg disuruh. Setelah 40 hari pemuda itu berjumpa lagi kpd syeikh.

"Sekarang bolehlah engkau meninggalkan solat 5 waktu?" maka dijawab pemuda itu "Bagaimana mungkin aku meninggalkan solat? padahal ia sudah menjadi darah dagingku"

Selasa, 7 Januari 2014

Muhasabah Diri..



MAKLUMAT PENUMPANG

Nama Sebenar : Hamba ALLAH 
Gelaran : Insan 
Asal : Tanah 
Alamat : Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia 
Tempoh Perjalanan : Cuma Seketika Dan Beberapa Meter Dari Perut Bumi 
Destinasi : Akhirat 
Masa Berlepas : Ketika Di Datangi Malaikat 
Masa Hadir : Ketika Dan Selepas Nyawa Di Cabut 
Bentuk Tempahan : Tetap, Pasti Dan Tidak Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian, kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang di khaskan iaitu malaikat maut.

Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah dan persoalan hendaklah di rujuk kepada para ulama dan cendiakawan.

BARANG YANG DI BENARKAN

5 Meter Kain Kafan

Kapas Putih Secukupnya

Muatan Lain Yang Di Benarkan :

Amal Soleh Sedekah Jariah Anak Soleh Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa Ilmu Yang Manfaat

Perhatian MUATAN LAIN yang DITEGAH adalah TANGGUNGJAWAB penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhi akan DISEKSA.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia, setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

DI ULANG...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingat lagi... Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua.

Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI :

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mengsyirikkan ALLAH dengan sesuatu"

Wallahualam..

Tutuplah Auratmu..



Bagi yang masih degil untuk delete gambar
yang dedah aurat dalam FB dia tue, 
Tolong beri password FB pada waris. 
Kerana ajal maut itu rahsia Allah. 
Bila-bila masa saja nyawamu akan
tamat. Bolehlah si waris padam gambar-gambar tue
kelak. Kalau tidak sepanjang masa kamu akan
diazab dalam kubur kerana setiap mata yang
memandang gambar tersebut kamu akan
menerima balasannya. Beringat sebelum terlambat.

JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...

Setiap kali kita berpakaian,
kita mempunyai dua pilihan,
mahu memilih SYURGA atau NERAKA..

-Prof Dr. Muhaya

_______________________________

Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti

– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud,
An Nasaii dan Ibn Majah.
___________________________________________

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud :

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya...

– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

"Tutuplah auratmu sebelum auratmu
ditutupkan"

Jom Berzikir



:::JOM BERZIKIR:::

Hikmah berzikir:

1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.

InsyaAllah...