Sebuah kisah yang benar-benar membuatkan hati saya jadi berkeping-keping. Kisah yang menusuk jauh ke lubuk hati saya. Kisah yang membuatkan hati & jiwa terkesima. Kisah yang membuatkan saya menjadi kagum . Dan, kisah ini membuatkan saya merasa diri saya sekerdil-kerdilnya. Perasaan malu & insaf menusuk jiwa, dalam usia kehidupan yang makin lanjut ni, apa yang saya lakukan untuk agama & untuk menemui pencipta?? Begitu berbeza dengan Arwah Ammar... Sehingga hayatnya 20tahun, seluruh kehidupannya melakukan perkara yang berfaedah tanpa sebarang kerugian. Saya pasti, sudah ramai yang mengetahui tentang kisah Arwah Ammar.
Ikuti kisah hari terakhir Ammar seperti yang diceritakan oleh Sahabat di Turki :
Hari jumaat itu
Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda.
Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur. Hari sabtu
yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil
mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan
untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan
sarapan dan makan bersama sambil berbual. Abangnya Tanya, Ammar, apa
plan kamu? Apa yang kamu ingin buat? Abangku, saya ingin buat khidmat
dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca
sekali lagi dengan merenung. Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi
satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang
baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan
atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar
Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan
bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru
sampai sana. Beliau Kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin
bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan
tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka
tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk
khidmat tersebut. Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya
adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini “Perlu
ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan
seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima
sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia
meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya,
walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan
masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah
sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah
ini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan