Kau yang Teristimewa

Kau yang Teristimewa
Assalammualaikum.. Terima kasih sudi singgah di Blog Cerita Tentang Kita..

Sabtu, 21 Disember 2013

Mangkuk yang cantik, Madu & Sehelai Rambut


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan Uthman r.a, 
bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha, 
puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di 
dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan 
sehelai rambut tertinggal di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian 
meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga 
benda tersebut.
 (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
 Abu Bakar r.a berkata,
“iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu 
lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari 
meniti sehelai rambut”.
Umar r.a berkata,
“kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih
 manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai 
rambut”.
Uthman r.a berkata,
“ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu 
lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari 
meniti sehelai rambut”.
Ali r.a berkata,
“tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih 
manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya 
adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Fatimah r.ha. berkata,
“seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang 
berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak 
pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah SAW berkata,
“seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk 
yang cantik ini, beramal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, 
dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Malaikat Jibril AS berkata,
“menegakkan tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, 
menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, 
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai 
rambut”.
Allah SWT berfirman,
“Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku 
itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syuga-Ku adalah lebih sulit dari 
meniti sehelai rambut”.

Subhanallah…

Sepuluh ciri Suami Mithali


Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju dan juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang perlu dilakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
- Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
- Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
- Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu

.



4. Elakkan terlampau banyak komplain.

- Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.



5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
- Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang,dan  juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
- Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.


- Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.
- Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
- Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
- Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Peranan Suami


Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya." 

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita. 

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita. 

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya. 

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut. 

 Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini. 

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka. 

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT. 
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut. 
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan 
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek) 
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami. 
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami. 
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah. 
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami. 
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami. 
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya. 
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami. 
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.



Wasiat Umamah Binti Harith



  vJalinkan hubungan dengan suamimu dengan ketaatan perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk @ tercium sesuatu yang busuk.

 vSentiasalah membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

      Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

       Uruskan rumah tangganya dengan baik dan sempurna.

       vSentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

    Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

       Jagalah waktu makannya dan waktu dia beristirehat kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

    vJika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan  kesedihan, kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.

       Hiasilah dirimu selalu agar dia senang memandangnya.

     Jadikanlah dirimu itu sebagai amah kepadanya nescaya dia akan menjadi penolong pada dirimu.

                      Ambillah pengajaran darinya duhai wanita……
        selamat mempraktikkan!!!

Sembilan Siti


SITI KHADIJAH  - Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasulullah SAW, setia dan menyokong Rasulullah Saw walaupun ditentang hebat oleh kafir dan musyrik, menghantar makanan kepada Rasulullah Saw ketika baginda beribadat di Gua Hira’.

SITI FATIMAH – Anak Rasulullah Saw yang tinggi budi pekertinya, sangat kasih dan setia kepada suaminya, Saidina Ali walaupun Ali seorang yang miskin. Tidur berkongsikan bantal dan kadangkala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

SITI AISHAH – Beliau isteri Rasulullah Saw yang paling romantik. Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum, di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

SITI HAJAR – Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail         (pengorbanan seorang ibu mithali).

SITI MARIAM – Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya di pilih Allah SWT untuk mengandungkan NAbi Isa.

SITI ASIAH – Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

SITI AMINAH – Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

SITI MUTI’AH – Isteri yang patut di contohi dan di janjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, manjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk di pukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

SITI ZUBAIDAH – Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat kerana Allah SWT.


Dan kita pula????? Apakah sumbangan kita terhadap Islam yang di cintai?? Fikir-fikirkan…


Ciri-ciri wanita cantik :)


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita yang bermasalah itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya. Kita orang yang berada disekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau kita turut sedemikian rupa.


3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin dengan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.

Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada orang yang pernah melukakannya malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang kepadanya untuk menjadikan dia lebih tabah. Subhanallah.


6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Semoga kita semua akan menjadi wanita paling cantik didunia...
insya Allah biiznillah..

Hargailah Dan Jangan Persiakan CInta Yang Anda Miliki Sekarang


Bercinta tidak semestinya bersama iaitu tidak semestinya kita akan bersama 
dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi 
dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari 
kita? Boleh atau tidak kita menerima hakikat itu? Jodoh pertemuan semua Allah dah 
tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita,bukan milik 
kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang itu atau orang lain
Kalau kita 
salahkan orang lain, bermakna kita pun menyalahkan takdir Allah. 
Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

 Jangan sesekali memaksa orang untuk menyayangi kita, untuk cintakan kita, 
untuk bersama 
kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. 
Biarlah dia sendiri 
yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, sekiranya kita memaksa orang lain untuk 
menyayangi kita,
 hakikatnya ianya tidak ikhlas. Anda hendak ke orang sayang kita, cintakan kita 
dengan kepura-puraan? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah 
dengan rela hati. Mungkin itu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. 
Kalau kita sayang orang itu, mesti kita hendak tengok dia bahagia kan? 
Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh 
menerimanya kembali atau tidak. 

 Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita. 
Tetapi anda juga perlu selidik terlebih dahulu atas sebab apa dia ingin kembali kepada 
kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, 
cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita 
semata-mata untuk orang lain. 
Sebab, belum tentu orang lain itu akan menjadi milik kita. 
Belum tentu orang lain itu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah 
cintakan kita.


Muslimah Sejati


Muslimah yang sejati telah mengisi ruang dadanya dengan kefahaman addin syariat yang telah dianutinya. Dia akan mengkaji ilmu dengan penuh ketekunan. Dia akan menghiasi diri dan jiwanya dengan budi pekerti yang luhur serta di tiangi dengan tonggak keimanan yang kental tanpa kegoyahan. Fitrah kasih sayang dan kelembutan terserlah di sanubarinya sehingga membuahkan kehalusan insaniah pada dirinya. Seandainya jiwa-jiwa tersebut dipupuk dan dibelai dengan kalam addin yang syumul, muslimah sejati ini akan menghiasi taman-taman jannah di akhirat nanti.

Alangkah indahnya jika di dunia ini dihiasi dengan muslimah solehah yang berpegang teguh dengan tali agama Allah dan sering menghiasi bibirnya dengan berzikrullah. Muslimah solehah bagaikan kuntuman mawar yang sedang mekar menceriakan suasana dengan penuh girang dalam peliharan Ar-Rabb. Personalitinya bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu kerana segala cabaran dan dugaan yang mendatang akan ditempuhinya dengan bekalan iman dan ilmu di dadanya. Tutur katanya yang lahir dari keikhlasan jiwa yang bersih menghasilkan tindak tanduk yang berteraskan syariat Islamiyyah yang menyejukkan qalbu yang memandang, bagaikan titisan embun pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi mendatang.

Muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di sebaliknya. Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari sebanyak manakah sumbangannya kepada agama tetapi dilihat dari segi keikhlasannya dalam menyumbang kea rah kebaikan. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari  selembut mana lantunan suaranya akan tetapi dilihat sejauh mana bicaranya dalam menyebarkan agama Allah. Muslimah sejati sering bersyukur dan redha dengan segala apa yang dikurniakan Allah dalam hidupnya.

Ya Allah…jadikanlah kami para muslimah yang sejati, yang dapat menyumbang serba sedikit perjuangan dalam agamamu. Jadikanlah kami para syuhada dan jadikanlah kami salah seorang bidadari di Firdausi nanti…perkenankanlah doaku ini..amiin ya rabbal a’lamin..

Peringatan Untuk Lelaki


Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja :
negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SE*****-***** PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH

KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.