Kau yang Teristimewa

Kau yang Teristimewa
Assalammualaikum.. Terima kasih sudi singgah di Blog Cerita Tentang Kita..

Sabtu, 21 Disember 2013

Hargailah Dan Jangan Persiakan CInta Yang Anda Miliki Sekarang


Bercinta tidak semestinya bersama iaitu tidak semestinya kita akan bersama 
dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi 
dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari 
kita? Boleh atau tidak kita menerima hakikat itu? Jodoh pertemuan semua Allah dah 
tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita,bukan milik 
kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang itu atau orang lain
Kalau kita 
salahkan orang lain, bermakna kita pun menyalahkan takdir Allah. 
Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

 Jangan sesekali memaksa orang untuk menyayangi kita, untuk cintakan kita, 
untuk bersama 
kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. 
Biarlah dia sendiri 
yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, sekiranya kita memaksa orang lain untuk 
menyayangi kita,
 hakikatnya ianya tidak ikhlas. Anda hendak ke orang sayang kita, cintakan kita 
dengan kepura-puraan? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah 
dengan rela hati. Mungkin itu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. 
Kalau kita sayang orang itu, mesti kita hendak tengok dia bahagia kan? 
Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh 
menerimanya kembali atau tidak. 

 Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita. 
Tetapi anda juga perlu selidik terlebih dahulu atas sebab apa dia ingin kembali kepada 
kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, 
cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita 
semata-mata untuk orang lain. 
Sebab, belum tentu orang lain itu akan menjadi milik kita. 
Belum tentu orang lain itu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah 
cintakan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan