Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah
Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai
politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang
terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia
akan ke hadapan.Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan
Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika
mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak
akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior
mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior
yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli
itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di
sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar
sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu
memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan
yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata
memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia
tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari
dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di
dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit
badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran
dengan surau. Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia
tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh
tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka
bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.
Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati
Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk
kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang
ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.
Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya
menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa
tatkala dia memberi tazkirah.
Namun,hatta nabi Sulaiman yang
menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar
sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih
merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan
yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya
putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah
kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam
mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa
dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih
tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
tidak sampai sekelip matapun,imannya
menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia
beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan
zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara
tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih
tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput
kaca itu. Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk
menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau
berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya
di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali
Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru
yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah
gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.
Ditakdirkan
Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka
tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara
Nisa. Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat
Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik
tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke
tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade
orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz
tolong..”Imannya bersuara. Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah
dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo aku tak
tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo
tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir biru itupun diselaknya dan dia
mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap
menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama
sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula
mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya
Naim tidak terasa melakukan dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu
almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak
biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat
menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir
panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan
jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada
surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan
sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis
menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
Habis
sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan
soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa
menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu
bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan
dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan
dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu
ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru. Lamunannya tersentak
apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah
dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau
wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah
jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara
itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu
teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau perempuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan yang pada dasarnya kelihatan
seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui
fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’. Ya,di atas rumah Allah inilah Naim
melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Naim menipu. Semuanya di
atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan. Tiba-tiba dia menangis
tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata
sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut
melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya
berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim
menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai
dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat
dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi
tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak
satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah
papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari
ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan
penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika
cerita tadi diketahui umum. Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad
tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama
sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada
mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan
tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak
berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya,alangkah bertuah sesiapa
yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan
oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis
ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia
rebah.
Tangan mula mengambil peranan,diambilnya
pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada
di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih
buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air
laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang
choki-choki,juga sebagai hadiah. Seperti kebiasaannya,Naim datang ke
kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di
dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu
emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran
tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi
ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam
kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang
dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang
choki-choki. Isi suratnya:
Salam.. Terima kasih kerana tolong
ana.. Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat.. Jangan
bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain.. Ukhwah
Fillah, Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia
tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan
kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada
Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang
biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen
berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya
terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh
barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya
bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa,
“standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak
Agama.Balas dia:
Salam, Terima kasih atas minuman dan
makanan yang saudari bagi, Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk
menolong insan dalam kesusahan, Bukankah Islam menyuruh kita menolong
orang dalam kesusahan? Moga Allah meredhaai kita, Dan,salam perkenalan.
Ana Naim.
Naim Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’
dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan
surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua
mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya
di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening
juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan
jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali.
Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita
niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “mana ada zina
hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak
mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan
Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip
yang dipegangnya selama ini. Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan
jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja
‘fatwa’ kekasihnya itu. Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya
melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu
dia membalas,
“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan
baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak
sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah
kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti
meragui Quran?” Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.
ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap
meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu
setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’
itu. Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati
manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh
diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang
membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu
mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang
anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah
orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba
tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama
Sunnatullah. Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang
bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang
terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang
dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin
hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya
semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang
punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika
mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin
kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya
kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya
yang kian merosot. Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi
sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala
kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila
adik-adik datang meminta nasihat.
Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas
tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana
Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak
akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul
tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya
selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi
hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya
bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah
berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang
Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam
Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai
Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus
pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan bermula dan penyiasatan
Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang
dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi
terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai
tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan
selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.
Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di
balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul
dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah
berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada
‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’. Khairul tidak salah lagi,surat itu
kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku
sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih
membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga
dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya
bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika
menjadi Imam Magrib.
Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang
secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi
nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.
Tanpa
berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat
penyimpanan ‘harta karun’nya itu .Terperanjat dia apabila mendapati
Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir
panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip
yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah
Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang
kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa
berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri
yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak. Ditolaknya Khairul
ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana
pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana
pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air
mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah
mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku
engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam
ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian
sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku
couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung
sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan
aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.
Dia lupa di atas lantai rumah siapakah
yang dia pijak sekarang. Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh
penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang
kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar
Ilahi. Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di
balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak
sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan
solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada
mulut mereka berdua. Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah
pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap
juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja
Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung
mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa
mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang
telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua
pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya
kecuali kekasih hatinya,Nisa. Khairul,si sahabat setia ini tidak senang
mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan
untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang
mencelanya.
“Im,sebenarnya..Semua orang da tahu ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku
tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku
dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan
lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..” “Jangan
main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali
lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko
nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini
tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko
selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang
beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar
kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan
layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan
kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan
sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan
dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu
mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang
lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar
di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan
berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun
kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula
dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan
berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’
para senior malam itu.
Kata-kata Khairul benar-benar menikam
qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam
hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri.
Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum
jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak
Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi
kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati
mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat
kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening
memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia
tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu
matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa
tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi
najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada
kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam. Naim bijak dalam beragama
tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk
tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam
berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam
erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta. Marah Cikgu
Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada
pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.
Kini,dia
sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat
pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke
neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim
itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti
sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat
dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya. Cara yang
terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda
perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan
menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan
yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya
dan mula menulis.
Salam sayang, Sudah hampir 5 bulan kita
bercouple, Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang, Ayang
benar-benar menyintai sayang.. Sepenuh jiwa dan raga ayang.. Namun,ayang
sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis, Dalam kita
asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan
cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai
dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita
berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita
tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan
itu sahaja. Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang
menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina
itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan
hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina. Ayang bukanlah
membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang
percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis
dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah
kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat. Sayang..Ayang
percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan
bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita
bersama,insya Allah kita bersama. Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh
buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan
api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan
menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu
Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah. Ukhwah Fillah. Nisa
Tertitis setitik dua air matanya di atas
surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja
dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham
isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan
imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit
menolaknya. Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada
lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim
membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air
mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas
bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan
maksiat semata-mata. Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk
membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta
terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala
titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca
cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas
yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan
akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini
bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Tiada ulasan:
Catat Ulasan