Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan
dikembalikan untuk menerima balasan. (Surah Yunus, 10:56)
Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin
bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab
di hadapan-Nya.
Setiap tahun, kita melihat
kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata
Alhamdulillah, sebaik jemaah haji yang berangkat meniggalkan tanah air
itu selama pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa
akan tiba suatu saat nanti dimana kita pula dihantar pergi dan tidak
akan kembali?
Bila sudah sampai masa kita,
nyawa pasti tercabut. Kuburlah destinasi kita yang seterusnya, sementara
menanti saat dipanggil ke Hari Akhirat. Semuanya akan kekal di sana
tanpa dapat pulang semula. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum tiba
masanya kita tidak akan dibenarkan pulang lagi.
Itulah saat kematian.
Ya,
itulah kematian. Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli
keluarga, kenalan atau sahbat handai. Sedarkah kita… hari ini kita
solatkan jenazah orang, tapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang
lain pula yang akan solatkan jenazah kita.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah
bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari
tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak
soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Bila kita mati, tiada apa yang akan kita bawa selain tiga amalan
ini. Ketika itu, tidak mampu lagi melakukan apa-apa kerana sudah
terlambat untuk kita. Menangis, menangis, meraung, tertunduk menyesal
pun tiada guna kerana kita sudah diberi masa yang cukup panjang.
Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita.
Jika
pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk
mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat
tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi,
sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan. Demikian
juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat
panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu al-Qur’an.
Jika kita jauh daripada al-Qur’an, sepatutnya kita berasa risau dan
gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?
Apabila
tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung
akhirat, ketika itu sudah tiada guna sebarang milik kita ini. Usah
ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali
amalan. Tidak kira apa tafar kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah
tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia
ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.
Hargailah
denyut nafas yang dipinjam-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan
umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat
dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang
tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita
dipanggil Ilahi.
Hidup ini pasangannya
adalah mati. Sepeti pagi pasangannya adalah petang. Dunia pasangannya
akhirat. Pasangan Syurga adalah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai
pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.
Sedarlah…
kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita
menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh
memandai-mandi melakukan apa yang kita mahu.
Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku
kita di tempat yang bukan milik kita. Begitu juga kita sebagai tetamu
Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya,
kepada Dia Maha Pencipta.
Bumi ini juga
bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu,
tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk
nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita
tercelik kerana hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia.
Semuanya adalah ciptaa Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan
tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita
mahu melawan-Nya?
Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.
Marilah
kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita
telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan.
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan